Belanja RM2 Juta Sebulan Perangi Kanser ?

Terkejut bila mendengar RM2 Juta dibelanjakan setiap bulan untuk perangi kanser. Rupa-rupanya bukan belanja rawatan individu. Ianya adalah peruntukan yang dikeluarkan oleh Majlis Kanser Negara (MAKNA) dalam usaha memerangi dan mencegah penyakit kanser di Malaysia.

Secara purata jumlah RM2 juta yang dibelanjakan setiap bulan untuk perangi kanser tersebut digunakan bagi tujuan membantu pesakit kanser di 78 hospital di seluruh negara. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti mengadakan kempen kesedaran serta menjalin kerjasama penyelidikan kanser dengan institusi pengajian tinggi tempatan.

Seperti yang kita semua sedia maklum, penyakit kanser amat merbahaya dan boleh mengundang maut. Ianya boleh dijangkiti di mana-mana bahagian tubuh badan dan memerlukan kos yang besar untuk mengubati dan merawatnya.

Oleh itu, apa yang Makna lakukan, mereka perlu bekerja keras untuk mengumpul dan memastikan dana mereka sentiasa mencukupi demi membantu pesakit kanser membiayai rawatan. Itulah yang dikatakan oleh Datuk Mohd Farid Ariffin, Presiden Makna pada pemberita pada hari terakhir ‘Kempen Jom Botak’ anjuran Makna.

Kempen yang dilancarkan sejak 1 Jun 2012 bertujuan memupuk kesedaran masyarakat terhadap penyakit kanser dan berjaya mengumpul dana berjumlah RM235,000.

Kempen ini juga berjaya menarik penglibatan 450 individu daripada pelbagai lapisan masyarakat yang menyokong kempen tersebut dengan membotakkan kepala mereka.

Mohd Farid berharap lebih ramai anggota masyarakat serta badan korporat dapat bersama membantu Makna mencegah dan mengubati kanser secara berterusan di samping mendidik masyarakat tentang bahaya penyakit itu.

“Sumbangan dalam apa juga bentuk sama ada kewangan mahupun moral amat dialu-alukan, kerana pesakit kanser berbeza dengan pesakit-pesakit lain dan sumbangan boleh dibuat menerusi laman web www.makna.org.my ,” katanya. – Bernama

Bagi kami di IPK, apa yang dilakukan oleh Makna amat-amat dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung pesakit kanser.

Kami mengalu-alukan juga bagi mereka yang diserang kanser atau di kalangan ahli keluarga dan sahabat terdekat, boleh cuba berikhtiar penyakit kanser anda dengan mengamalkan pemakanan supplement Vemma.

 

Sumber: sinarharian.com.my

 

Comments
  1. Noriza Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *