Pengasas dan CEO Vemma, BK Boreyko adalah seorang individu yang percaya bahawa falsafah syarikat untuk membawa perubahan positif dalam kehidupan seharian adalah falsafah terbaik. Beliau dilahirkan di Calgary, Kanada dan dari kecil lagi beliau telah didedahkan kepada pelbagai kemahiran yang telah banyak membantu beliau mengembangkan satu perniagaan.

Antara beberapa sifat intrinsik yang kemudiannya memainkan peranan penting kepada hidup beliau adalah sifatnya yang sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan orang lain dan juga menjalankan perniagaan mengikut “The Golden Rule”. Beliau sentiasa mempercayai bahawa kesihatan diri sebenarnya adalah pelaburan jangka masa panjang yang paling penting sekali pada masa kini.

Berbekalkan pengalaman melebihi 30 tahun dalam industri kesihatan dan juga keinginan untuk mencipta pilihan yang lebih baik untuk meningkatkan kesihatan, beliau kemudiannya mengasaskan Scottsdale, sebuah syarikat cecair suplemen kesihatan berasaskan AZ pada tahun 2004.

Sebagai salah satu daripada syarikat peneraju dalam bidang ini, Vemma menyediakan produk yang berinovasi, serta pelan pampasan yang mudah dan lumayan untuk memastikan anda diberikan ganjaran apabila menjalani cara hidup yang lebih sihat.

Semangat BK yang tinggi bersama dengan falsafah hidup “tiada yang mustahil” merupakan asas kepada kejayaan beliau. Ini dikuatkan lagi dengan pendekatan yang baru dan unik terhadap teknik-teknik pemasaran yang secara tidak langsung membezakan beliau berbanding semua ahli perniagaan lain, samada sebagai seorang pengusaha mahupun sebagai pelopor kepada bidang nutrisi.

BK telah meningkatkan kerjasama dengan kumpulan-kumpulan pakar kesihatan dan pakar formula untuk menghasilkan apa yang kini dikenali sebagai satu formula saintifik yang terbukti secara klinikal. Vemma. Pada masa yang sama beliau telah mewujudkan satu pelan pampasan lumayan yang mampu memberikan ganjaran kepada semua yang menjalankan perniagaan ini.

Kejayaan beliau telah menjadikan beliau pelopor yang amat dikenali ramai dalam arena antarabangsa dan bidang kesihatan.

Cara kepimpinan BK yang unik – beliau berfikir sebagai seorang pengedar sebelum berfikir sebagai seorang pegawai korporat – telah menjadikan antara beberapa pemenang anugerah usahawan terbaik. Selain daripada itu beliau juga dikenali sebagai seorang usahawan, jurulatih kejayaan dan seorang mentor.

Beliau merupakan seseorang yang percaya kepada konsep “menyumbang balik” dan beliau banyak menghabiskan masa, tenaga serta sumber personal dan korporatnya untuk memastikan peningkatan taraf hidup masyarakat sekeliling beliau.

Melalui Projek Helping Now Vemma yang terbaru, BK dan pasukannya sedang berusaha keras untuk meneruskan pelbagai program kerjasama bersama dengan pelbagai organisasi amal seperti Klinik Cleveland, Feeding Amerika, Network Food Banks dan Children’s Miracle Network untuk membantu kanak-kanak menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih sejahtera.

Untuk setiap jualan Vemma NEXT, BK akan menyumbangkan sebulan jumlah perbelanjaan seorang kanak-kanak. Pada penghujung 2010, BK berharap Vemma akan mampu membantu 100,000 kanak-kanak untuk mendapatkan kehidupan sempurna dengan nutrisi yang lebih baik.

BK merupakan seorang suami dan ayah kepada lima orang anak lelaki, dan seorang anak perempuan, dan mengikut beliau,itu merupakan pencapaian beliau yang paling membanggakan.

Beliau adalah seorang ahli dalam Lembaga Institusi Klinik Kesihatan Cleveland yang ketuai oleh Dr. Michael Roizen, dan juga Lembaga Penasihat untuk Healthcorps. Badan amal yang ditubuhkan untuk memastikan kesihatan ramai.

Badan tersebut telah diasaskan oleh Dr. Mehmet Oz. Sebagai salah satu dari penyumbang terbesar Healthcorps, BK dan pasukannya gemar bekerja dengan organisasi tersebut untuk menghasilkan model pembelajaran dan pendidikan kesihatan yang disediakan oleh Healthcorps.

Model-model ini telah banyak diaplikasikan di sekolah-sekolah seluruh negara. Ini termasuklah juga pelancaran dua buah sekolah di daerah Phoenix. Beliau juga seorang penyokong tegar beberapa lagi organisasi lain seperti Dottie Boreyko Foundation, Susan G Komen foundation, Kelab Kanak-Kanak Lelaki dan Perempuan dan juga Habitat Manusia. Kesungguhan beliau boleh dilihat dari jumlah sumbangan beliau yang mencecah lebih daripada $4 juta dolar.