Cabaran ke Percutian 2D1N di AVANI Sepang Goldcoast Resort

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Kali ni Vemma Affiliate berpeluang untuk menikmati percutian selama dua hari satu malam (2D1N) di AVANI Sepang Goldcoast Resort. Waah..tentu seronok kan. Bila saya google tentang AVANI Sepang Goldcoast Resort ni.. huh! Memang teruja nak pergi. Macam tak percaya tempat tu di Malaysia.

bungalow5.jpg

foto dari google

Sedikit tentang AVANI Sepang Goldcoast Resort…
Terdapat sebanyak tiga ratus sembilan puluh (390) buah Villa yang membentuk pokok kelapa sawit dan terapung di perairan terlindung Selat Melaka (Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa).

161823_120511124824189_800x600

foto dari google

Avani-Sepang-Pool_interior_billboard

foto dari google

Penginapan yang mewah dan luas mengetengahkan unsur-unsur tradisional dan reka bentuk moden serta mempunyai bumbung yang terdedah (alang-alang). Terdapat kayu pintu kaca yang tinggi dan dek peribadi yang menyajikan pemandangan air yang jernih dan pantai yang menakjubkan.
Huhuhuu…maaf lah terlebih pulak share gambar AVANI SGR ni.. Teruja sangat dengan keunikan resort ni. Nampaknya tahun ini pilihan Vemma Malaysia memang tepat!

Tapi ada cabaran yang harus dilalui oleh Vemma Affiliate untuk melayakkan mereka menerima ganjaran percutian ni. Apakah cabarannya? Mudah jer.. Anda perlu melakukan proses-proses berikut:

  1. 1. Anda dikehendaki membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 5 orang Affiliate.
  2. 2. Berikan nama yang sesuai untuk kumpulan anda dan daftarkan kepada pihak Vemma Malaysia selewat-lewatnya 1 Okt 2014. KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR
  3. 3. Anda dikehendaki mengumpul minimum sebanyak 100 point sebagai syarat kelayakan.
  4. 4. Sebanyak 6 kumpulan dengan markah tertinggi akan dipilih untuk menerima ganjaran ini.
  5. 5. Kiraan point adalah seperti berikut: Rekruit pakej Diamond=12 point dan Silver =6 points.

 

Siapalah 30 orang yang bertuah tu kan? Inilah masanya untuk kita pergi bercuti-cuti Malaysia bersama team kita. Cabaran ini akan bermula pada Minggu ke-41 hingga minggu ke-44 iaitu pada 3 Okt hingga 30 Okt 2014 (refer kalendar Vemma).

Peringatan Penting!
Cabaran ini hanya sah di Vemma Malaysia dan hanya dikhususkan untuk Affiliate Vemma Malaysia yang telah mendaftar untuk menyertai cabaran ini sahaja selewat-lewatnya 1 Oktober 2014.

6 kumpulan (30 orang) dengan mata kumpulan yang tertinggi sepanjang tempoh cabaran ini akan layak untuk menerima ganjaran.

Kelayakan terakhir akan ditentukan oleh faktor masa sekiranya terdapat mata yang sama dikumpulkan oleh kumpulan yang berlainan

Ganjaran ini tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau barang.

Maklumat ini adalah tepat pada masa pencetakan; Vemma Malaysia berhak untuk meminda atau menukar atau menamatkan cabaran ini pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis.

Vemma Malaysia berhak menggantikan ganjaran dengan barangan lain berdasarkan kepada ketersediaan.

Vemma Malaysia berhak untuk keputusan muktamad sekiranya terdapat sebarang percanggahan.

Sila hubungi Talian Pelanggan Vemma di +603-6955 2222 dari Isnin hingga Jumaat 10:00 am-7:00 pm untuk maklumat lanjut.

Tempoh promosi bermula dari 3 Oktober 2014, 3:00 p.m. (GMT +8) dan berakhir pada 30 Oktober 2014 11:59 p.m. (GMT +8).

unnamed

 

Comments
  1. shimasignature
    • Lady Boss
  2. jaymiee
    • CahayaDiana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *