Kisah Benar – Kesan Gadget Terhadap Penglihatan Anak

Kesan Gadget Terhadap Penglihatan Anak: Di era teknologi yang sangat pantas bergerak ini, macam-macam dugaan yang kita lihat pada golongan ibu bapa dalam membentuk  sikap anak-anak. Ramai ibu bapa merungut tentang masalah sukar nak tegur atau menghalang anak-anak mereka daripada melakukan apa yang mereka suka, terutama sekali yang melibatkan penggunaan gadget.

Ya, kanak-kanak zaman sekarang memang dah sebati dengan gadget. Itu yang saya selalu nampak dan alami sendiri apabila anak saudara saya yang berusia sekitar 5-10 tahun asyik minta nak main game jer bila nampak handphone saya. Tak dapat phone, laptop pun dia capai. Dalam kepala dah tak fikir tentang laptop tu saya tengah nak buat kerja.

Apa yang mereka fikirkan hanyalah game dan keseronokkan semata-mata. Maklumlah.. nama pun budak-budak. Walaupun saya belum berkahwin (at the moment 🙂 ), tapi saya faham kerisauan ibu bapa bila lihat anak-anak terlalu mengadap gadget ni.

Berbalik kepada tajuk asal entry ni iaitu mengenai satu kisah benar tentang Kesan Gadget terhadap Penglihatan Anak.

Seorang ibu telah bercerita…

Pada suatu hari anaknya yang berumur 6 tahun mengadu sakit mata. Ibunya yang risau membawa anaknya ke hospital. Dan apa yang mengejutkan, anaknya sudah mengalami tahap rabun yang kritikal. Menurut doktor, inilah kesan screen time atau pendedahan berlebihan terhadap gajet.

Semoga mendapat iktibar…

Berikut merupakan saranan terhadap ibu bapa mengenai kanak-kanak dan gadget. (dikongsikan oleh Puan Ashikin Hashim, Penulis buku “Early Childhood Practitioner” dan founder of “I Can Teach My Child To Read” module) . Menurut beliau…

Anak-anak saya sendiri dibenarkan main games tetapi mempunyai jadual tertentu. Hari yang dibenarkan hanya Sabtu dan Ahad sahaja dan tidak melebihi 2 jam. Itu pun sangat jarang sebab kebanyakan masa kami suka outing bersama.

Banyakkan aktiviti fizikal seperti bermain bersama anak-anak untuk mengelakkan anak terlalu banyak menghabiskan masa di depan skrin.

Ini pula saranan pakar berkenaan penggunaan gajet kepada kanak-kanak:

  • Bagi anak di bawah 2 tahun, adalah tidak digalakkan untuk diberi guna gajet. Banyakkan direct teaching, direct touch dan banyakkan komunikasi dengan anak.
  • Bagi anak 2 tahun ke atas, boleh dibenarkan penggunaan gajet namun perlu dihadkan hanya 2 jam sehari sahaja.

 

Sumber: Ashikin Hashim

Comments
  1. nur azura
  2. Ira
  3. ika magicalips
  4. seri nian
  5. Raihanah Ahmad
  6. Master H
  7. Raihanah Ahmad
  8. Hajar Shikin
  9. akuoka
  10. Azeni Ahmad
  11. Seri nian
  12. jida
  13. Hero Borneo
  14. sensasi2020
  15. Hanafi Abdullah
  16. Hannah Aziz
  17. Noriza Rahman
  18. Emma
    • Noriza Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *