Majlis Rumah Terbuka Sempena Merasmikan ‘New Home Office’ VMAlife Malaysia

Assalamualaikum & Salam 1 Asia. Pada hari Sabtu lepas, 14 Mei 2016 telah berlangsung Majlis Rumah Terbuka sempena Merasmikan ‘New Home Office’ VMAlife Malaysia. Bertempat di lokasi yang sama, Vemma Malaysia.. mana lagi kalau bukan di Jaya One, PJ. Bagi yang belum tahu bahawa Vemma Malaysia kini telah rebranding kpd VMAlife sila klik sini utk baca.

Majlis dipengerusikan oleh  Azanizam Rosli & Peik Khee . Lebih kurang 80 rakan Affiliate VMAlife hadir termasuk customer yang sememangnya sangat setia dengan produk dibawah jenama Vemma a.k.a VMAlife. Turut serta ialah CEO VMAlife, Kenneth Koh dari Singapore dan Dr. Abraham, Penasihat Produk.

Antara rakan Affiliate yang hadir, Cahaya Diana, Shima Yusof, Latipah Diman, Hjh Kamariah Sulaiman, Norsiah Johari, Rose Kassim (KY), Muhammad Nuruddin Azman Shah (Din Steady), leader otai Fariz Norman dan keluarga, Vivian and the geng dan ramai lagi.

Secara keseluruhan majlis berjalan dengan lancar dan meriah, lebih-lebih lagi bila semua yang hadir memberi komitmen dengan setiap aturcara majlis. Paling menarik bila semuanya sangat supportive, tak kira kaum Melayu, Cina, atau India (rasanya India belum ramai join – Peluang!). Memang terasa harmoni sangat.. 1 Malaysia!!

group-photo-vmalife-malaysia-open-house-960x567

Majlis Rumah Terbuka sempena Merasmikan ‘New Home Office’ VMAlife Malaysia

Majlis begitu santai dan meriah… tapi tetap memberi kesan kepada semua rakan affiliate lebih-lebih lagi yang lama kerana kami menjadi saksi kenangan pahit manis yang berlaku hingga jenama Vemma bertukar menjadi VMAlife.  Namun, melihatkan suasana ofis yang baru, serta semangat dan kerjasama antara pengurusan VMAlife dan Affiliates member, terasa berbaloi dengan penantian kami selama ni.

Walaupun selama dua bulan lebih tiada sebarang aktiviti diadakan di HQ kerana memeri laluan kepada proses renovation, namun, semangat yang ditunjukkan oleh rakan affiliate sangat membanggakan. Semoga kita semua akan mengecapi kejayaan yang diimpikan. Bagi yang terus memilih VMAlife tidak kira sama ada untuk mengembangkan perniagaan mahupun yang memilih utk terus menjadi pengguna tegar kita tetap mendoakan yang terbaik buat semua.

velite-group-photo-vmalife-malaysia-open-house-960x629

 

Sekilas mengenai New Home Office VMAlife Malaysia

Alhamdulillah.. Home Office baru VMAlife memang sangat menarik dan nampak lebih eksklusif. Tema warna hijau daun pisang memberi mood yang lebih segar dan ceria. Lepas ni lebih semangatlah affiliate nak ke sini selalu. In Shaa Allah setelah melihat keseluruhan home office yang baru ni lebih rasa yakin untuk terus bersama VMAlife. Paling best bila ruang surau turut disediakan kepada rakan affiliate yang beragama Islam. Dah tak perlu menapak ke surau bangunan ‘The School Jaya One‘ lagi.

Ingin lihat lebih banyak foto event? Sila ke Instagram kami @vmalife.malaysia atau www.instagram.com/vmalife.malaysia . Jangan lupa Follow juga yer. 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *