Manfaat Buku The Magic of Thinking BIG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dah lama saya nak share ataupun buat rivew tentang buku-buku motivasi yang saya pernah baca di sini. Untuk kali ni saya nak share dulu tentang buku yang bertajuk The Magic of Thinking Big. Buku ni ditulis oleh David J.Schwartz, Ph.D. dan mendapat sambutan hebat hingga terjual lebih 4 juta naskhah di Amerika.

Banyak betul perkara menarik tentang buku ni. Saya akan rivew setiap topik yang terdapat dalam isi kandungan buku ni yang kesemuanya ada 13 Topik. Jadi, saya akan buat 13 entry lah. Is it OK?

Setiap bab dalam buku ni mengandungi idea-idea yang praktikal, teknik dan prinsip yang membolehkan kita memanfaatkan kuasa berfikir besar. Dengan demikian, kita berupaya meraih kejayaan, kebahagiaan dan kepuasan hidup yang kita idam-idamkan.

Setiap teknik disertakan dengan contoh yang berdasarkan kajian kes sebenar. Kita bukan hanya dibekalkan dengan maklumat tentang perkara yang perlu dilakukan, malah cara mengaplikasikan setiap prinsip dalam pelbagai jenis situasi dan masalah. Jadi manfaat buku ini kepada kita ialah ia menunjukkan kita cara-cara bagi:

  • Lancarkan Diri Kita ke Arah Kejayaan dengan Kekuatan Keyakinan
  • Bina Kekuatan Keyakinan
  • Raih Kejayaan dengan Meyakini Kebolehan Kita untuk Berjaya
  • Rancang Program Membina Kejayaan yang Konkrit
  • Hapuskan Keraguan dan Kesan Negetifnya
  • Lindungi Diri Kita Daripada Penyakit Alasan, iaitu Penyakit yang Menyebabkan Kegagalan
  • Dapatkan Kejayaan yang Besar dengan Berfikiran Besar
  • Pelajari Rahsia Kesan Sikap pada Kesihatan
  • Rangsang Minda bagi Menjana Fikiran Positif
  • Ambil Empat Langkah bagi Menghapuskan Alasan Kesihatan
  • Sedar Kuasa Pemikiran Kita adalah Lebih Penting daripada Kepintaran Kita
  • Nilai Diri Kita Sendiri dan Mengenalpasti Aset-aset Kita
  • Manfaatkan Minda Kita bagi Berfikir – Bukannya Sekadar Gudang Penyimpanan Fakta
  • Berfikir Besar Sebagaimana Kita juga adalah Orang Besar
  • Kuasai Tiga Cara Bagi Mengubati Alasan Kepintaran
  • Bangunkan Kosa Kata Pemikir Besar dengan Melaksanakan Empat Langkah Spesifik
  • Atasi Isu Umur – Terlalu Muda ataupun Terlalu Tua.
  • Berfikir Besar dengan Membayangkan Perkara yang Mampu Dilakukan pada Masa Depan.
  • Takluki Alasan Nasib dan Jadikan Diri Kita sebagai Magnet ‘Nasib Baik’.
  • Tambah Nilai pada Benda, Orang dan Diri Sendiri.
  • Gunakan Teknik Bertindak bagi Mengatasi Rasa Takut dan Membina Keyakinan
  • Berfikir Besar Mengenai Pekerjaan Kita
  • Urus Ingatan Kita bagi Meningkatkan Keyakinan
  • Lupakan Segala Perkara Remeh dan Fokuskan pada Perkara yang Penting Sahaja
  • Atasi Rasa Takut dengan Orang Lain
  • Uji Diri Sendiri – Sebesar Manakah Pemikiran Kita?
  • Tingkatkan Keyakinan Diri dengan Memuaskan Suara Hati
  • Manfaatkan Kreativiti bagi Mencari Cara yang Baru dan Lebih Baik bagi Melakukan Sesuatu.
  • Keyakinan Datang daripada Tindakan yang Penuh Keyakinan
  • Bangunkan Kreativiti melalui Keyakinan yang Sesuatu itu Mampu Dilakukan
  • Lima Langkah Positif bagi Membina Keyakinan dan Menghapuskan Ketakutan
  • Berjuang Melawan Pemikiran yang Merosakkan Minda
  • Sedar yang Kejayaan Ditentukan oleh Saiz Pemikiran
  • Manfaatkan Kreativiti bagi Meningkatkan Kuantiti dan Kualiti Output
  • Gunakan Tiga Kekunci bagi Meningkatkan Kreativiti dengan Membuka Telinga dan Minda
  • Bangunkan Sikap yang Membantu Kita Mendapatkan Perkara yang Diingini
  • Besarkan Pemikiran dan Rangsang Minda Kita
  • Jadi Orang yang Bersemangat dan Ghairah
  • Jana dan Bangunkan Idea – Buah Fikiran Kita
  • Bangunkan Kuasa Keghairahan
  • Bina Sikap “Kita adalah Penting”
  • Tonjolkan Penampilan Orang Penting kerana ia Membantu Kita Berfikir seperti Orang Penting

 

Sumber: Buku ‘The Magic Of Thinking Big’

Comments
  1. Hero Borneo
  2. Noriza Rahman
  3. shimasignature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *