Sekitar Majlis Pelancaran Vemma Renew dan Verve Remix di Malaysia

Sekitar Majlis Pelancaran Vemma Renew dan Verve Remix di Malaysia. Majlis ini berlangsung pada 9 November 2014, jam 2.00 pm – 5.00 pm, bertempat di Vemma Malaysia HQ, Bangunan Jaya One, Petaling Jaya. Pengumuman mengenai event ni dah pun dimaklumkan pada entry sebelum ini. Selain itu, jemputan ke event turut dipromosikan di blog CahayaDiana.com dan Sensasi2020.com .


Alhamdulillah.. Majlis Pelancaran Vemma Renew dan Verve Remix di Malaysia ni berlangsung dengan jayanya. Tiket yang dikeluarkan habis dijual. Atas permintaan ramai, tiket untuk mereka yang walk in turut disediakan. Sambutan amat menggalakkan dan ramai yang hadir begitu teruja dengan keunikan kedua-dua produk terbaru Vemma ni.

Majlis Pelancaran Vemma Renew dan Verve Remix di Malaysia ni dipenuhi dengan perkongsian cerita dan pengalaman dari mereka yang telah mengamalkan minuman Vemma Renew dan Verve Remix sebelum ini.  Tetamu dari Singapura, Brunei, Taiwan, Thailand dan Indonesia turut hadir .

Pengisian yang paling dinanti-nantikan ialah sesi soal jawab bersama Dr. Abraham, Penasihat Produk Vemma. Dr. Abraham adalah seorang yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri nutrisi. Ramai yang admire dengan cara beliau menerangkan berkaitan produk Verve Remix dan Vemma Renew.

Tetamu memberi tumpuan penuh untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai dua produk hebat Verve Remix dan Vemma Renew ini.

Antara soalan ‘Hot’ yang dikemukakan kepada Dr.Abraham ialah apakah perbezaan di antara Verve Remix dengan Verve Healthy Energy Drink (tin oren) yang sedia ada di pasaran Malaysia sekarang?; Kenapa perlu memilih Verve berbanding produk minuman tenaga lain?; Apakah beza Vemma Renew dengan Vemma Premix?; Bagaimana strategi untuk memasarkan produk minuman hebat ini di pasaran Malaysia? dan sebagainya. Alhamdulillah.. jawapan yang diberikan sangat bernas dan memuaskan!

Salah satu acara yang ditunggu-tunggu tetamu ialah hadiah Lucky Draw yang berupa 1 case Verve Remix  (30 tin) dan 1 case Vemma Renew (30 tin) yang diberikan secara berperingkat. Tahniah diucapkan kepada mereka yang bertuah. Hadiah disampaikan oleh CEO Vemma Asia, Mr.Kenneth Koh. Tahniah kepada Haniff Hadi dari Kuala Lumpur, salah seorang yang memenangi lucky draw pada hari tersebut.

Dipenghujung majlis, tetamu diberikan sedikit jamuan serta percuma Verve Remix dan Vemma Renew sebagai buah tangan dari syarikat Vemma.

Dan akhir sekali, seperti biasa sesi bergambar sebagai kenang-kenangan…

Ok itu sahaja cerita untuk hari ini.

Nak memesan Verve Remix/ Vemma Renew? Hubungi Kami

Sumber foto: Vemma Asia Corporate page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *