Sentiasa berfikiran positif

think-positive-talk-positive-feel-positiveBerfikiran positif memang dituntut kepada sesiapa sahaja untuk mengubah persepsi dan prasangka negetif anda. Jangan biarkan diri anda tenggelam dalam prasangka negetif. Fikirlah apa yang anda mahu dan jangan fikir apa yang anda tidak mahu .

Contohnya, bagi anda yang baru bermula di Vemma, fikirkan bagaimana untuk membuat orang tertarik untuk menyertai anda? Bagaimana jika ada orang hubungi anda bertanyakan tentang Vemma? Bersediakah anda untuk menerangkan tentang perniagaan anda? Jika ini yang anda fikirkan, anda akan terdorong untuk lebih belajar selok belok bisnes ini. Tetapi yang biasa terjadi ialah anda berfikir sebaliknya.. Susahnya nak mencari orang, Saya tak ramai kawan.. Saya tak pandai nak promosi.. Sedarkah bahawa fikiran-fikiran begini secara tak langsung mendorong anda cepat putus asa, walhal anda belum mula melakukan promosi dan masih banyak yang anda tak tahu. Jadi, berfikirlah secara positif.

Di sini kami kongsikan 5 kelebihan orang yang selalu berfikiran positif, dari penulis K. Wardhanie.

 

1. Berfikiran Positif: Melihat Masalah Sebagai Cabaran
Bandingkan dengan orang yang melihat masalah sebagai cubaan hidup yang terlalu berat dan membuat hidupnya jadi terasa paling sengsara di dunia. Dia merasa tercabar untuk mengatasi sesuatu dengan tenaga yang dia miliki.
Dia merasa hidup ini adalah rentetan cabaran yang tidak akan pernah berhenti. Ketika cabaran itu sukar, maka dia akan berkata, “Ini memang sukar tapi aku yakin dapat melakukannya.”
Anda haruslah mendahulukan berita gembira daripada berita buruk.
2. Berfikiran Positif: Menikmati Hidup
Fikiran positif akan membuat seseorang menerima keadaan dirinya dengan besar hati. Apa yang ada pada diri anda adalah sumber motivasi luar biasa yang dapat menampung diri dan hati anda untuk tetap bertahan dalam keadaan apa pun.

Anda boleh saja untuk merasa longlai tidak bermaya, namun anda memilih untuk mensyukuri apa yang ada dan kemudian mencuba bersikap yakin ke atas diri anda.

Anda tidak mudah terpengaruh oleh ejekan orang tetap teguh berdiri menikmati hidup yang diamanahkan Allah kepada anda. Dalam konteks ini, memang akan ada banyak fitnah dan cakap orang tentang keadaan anda. Sebaiknya kita tidak perlu tenggelam dan sibuk mendengar cakap orang tentang keadaan kita. Kerana sekencang manapun percakapan itu, tidak akan membantu keadaan kita.

Maka nikmati sahaja hidup ini dengan selalu berusaha dan tidak putus asa kerana Allah adalah tempat berharap yang paling utama.
3. Berfikiran Positif: Berfikiran Terbuka Untuk Menerima Saranan dan Idea
Selalu lebih memilih banyak mendengar dan lebih sedikit berbicara. Bersedia untuk dikritik dan selalu bersegera membenihkan diri. Apatah lagi apabila kita masih berusia belia, masukan dan nasihat yang bermakna akan sangat kita perlukan.
Tugas kita adalah mencuba berikhtiar dengan betul, menyandarkan hati pada Allah atas segala keputusan yang akan kita hadapi.
4. Berfikiran Positif: Segera Menghapuskan Fikiran Negatif
Memelihara fikiran negatif dapat diibaratkan membangunkan singa tidur. Fikiran – fikiran negatif nantinya akan membentuk peribadi – peribadi skeptikal, spesimis dan mengalah sebelum bersaing.

Daya saing seseorang menjadi sangat rendah. Kredibilitinya dipersoalkan dan dilihat sebagai tidak mampu dipercayai. Bila keadaan sudah seperti ini, maka tidak sama sekali akan menguntungkan. Maka abaikan dan hapuskan fikiran negatif yang bersarang di hati.
5. Berfikiran Positif: Mensyukuri Apa Yang Dimiliki
Merupakan sebuah kebahagian luar biasa, apabila kita lebih sibuk mensyukuri apa yang kita miliki dan tidak mencaci apa yang kita tidak miliki. Hidup ini adalah rentetan syukur tidak berkesudahan , bukan caci maki kufur nikmat yang tidak akan habis dikenang.

Comments
  1. ika magicalips

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *