Talk Show 9 Rahsia Video Beracun #9RVB – Episod 1

Talk Show 9 Rahsia Video Beracun #9RVB Episod 1Рadalah satu bentuk seminar/workshop yang diadakan dalam format Talk Show. Ini adalah seminar video marketing yang julung-julung kalinya diadakan. Paling menarik, ianya akan diadakan di Dewan Seminar VMAlife Malaysia.

Talk Show 9 Rahsia Video Beracun ini terbuka kepada semua (open to public), tidak terhad untuk agen VMAlife sahaja. Namun, terhad kepada 50 orang peserta sahaja. Kami di V Elite berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Sifu Branding untuk menjayakan Talk Show ini.

Promosi talk show untuk episod 1 tidaklah dilakukan secara terbuka sangat. Untuk episod 1 ini, kami cuma promot di kalangan sahabat-sahabat networking V Elite sahaja yang terdiri daripada team Best Blogger Network dan juga adik beradik IMKK Disember 2015.

Masuk adalah Percuma! Memang rugi siapa yang tak grab peluang ni sebab perkongsian ilmu kali ini, adalah dari seorang yang memang layak dan pakar dalam pembikinan video iklan / video pemasaran iaitu Jafni Bakar atau lebih mesra dengan panggilan MatJepp .

Untuk mengetahui lebih detail mengenai Talk Show ini, dan mengenali siapa sebenarnya MatJepp ni, sila tonton video di bawah.

Comments
  1. Ira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *