Vemma Malaysia sekarang adalah VMAlife

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Rasanya masih ramai yang tak tahu bahawa Vemma Malaysia sekarang adalah VMAlife . Ya, agak lama masa yg kami ambil untuk ‘pulihkan semula keadaan selepas ‘tragedi oktober 2015’ melanda, hingga kami terpaksa rebranding jenama daripada Vemma kepada VMAlife.

Apakah tragedi oktober 2015 tu? Nantilah kami cerita sebab panjang nak cerita. Hahaha.. Tapi kesimpulan yang kami dapat buat ialah..

Biasalah bila syarikat tu bagus.. adalah yang nak sabotaj. Tapi bukan di sini.. tapi di US. Maka sebab itulah syarikat Vemma tak lagi beroperasi di Malaysia. Now Vemma hanya available di US dan Canada sahaja.  

 

Tapi, nasib baik our CEO Mr Kenneth Koh ambik langkah bijak, dengan rebranding Vemma Malaysia menjadi VMAlife. Apa yang pasti, produknya adalah dari formula asli Vemma, cuma di ‘advanced’kan / upgrade menjadi lebih baik.

In Shaa Allah jika diizinkan Allah kami akan cerita apa sebenarnya yg jadi. Yang pasti di sini.. kami nak umumkan bahawa bisnes ini belum lagi terkubur seperti yang dikatakan oleh beberapa orang. Cuma kita rebranding sahaja.

vemma_logo

                                   

 Logo Vemma kini tinggal kenangan di Malaysia…

Tentang blog vemmaladyboss.com ni pada mulanya kami fikir nak close jer sebab ada beberapa komitmen lain yg perlu diberi tumpuan. Tapi bila difikirkan balik, masih ada permintaan agar blog ni diteruskan dan kongsi sahaja ‘peristiwa hitam’ yg melanda company ni kepada umum. Lagipun bukan salah syarikat pun kan. Sekurang-kurangnya individu yg terus menggunakan produk kami dapat informasi yg jelas tentang kedudukan sebenar syarikat Vemma / VMAlife.  Jadi ada baiknya kami teruskan perkongsian di sini.

 

Formula Asli Vemma di dalam Velixir

Produk VMAlife juga adalah dari Formula yang sama. Itulah yang penting sebab masih ada regular customer kepada affiliate lain yang tercari-cari produk Vemma ni. Alhamdulillah.. dalam keadaan kita di landa ‘tsunami’ dan ada beberapa leader yang ‘pindah kapal’ sebab teruja dgn bisnes baru dr syarikat lain.. tapi.. dalam masa yang sama lebih ramai customer2 yang tercari2 produk Vemma dan mereka jumpa rakan-rakan kami yang masih aktif. Itulah rezeki namanya.. Alhamdulillah…

vmalife logo

Kami juga nak teruskan blogging di  VemmaLadyboss.com ni supaya orang tahu VMAlife dahulunya adalah Vemma yang pernah gah satu masa dulu dengan sistem Vemmabuilder-nya.. Ramai orang menyertai Vemma masa tu sebab sistem Vemmabuilder yang sangat hebat.. hinggakan tidak ter’ cath-up’ oleh beberapa pihak.

 

Maka.. yang baik jadi buruk bila proses duplikasi tak dapat dijalankan sebaik mungkin. Jangan risau.. Vemmabuilder dah lama terkubur sbb mereka dari syarikat lain yg memberi kesan positif di awalnya namun, negetif hingga memburukkan nama syarikat Vemma jugak. Itulah antara ‘tsunami’ pertama. Lepas tu lah kami cari alternatif lain dengan banyak buat perkongsian melalui blog, hadiri seminar, belajar teknik pemasaran yang sesuai dan sebagainya.

logo-vmalife

Tapi itu sejarah.. Takde alasan yg kukuh lagi utk kami quit sebab kami sendiri pengguna tegar. Bila konsisten minum setiap bulan.. In Shaa Allah adalah imbuhannya walaupun tak banyak. Adat bisnes.. kami lain dah lalui jatuh bangun.. duduk tersungkur.. bersama-sama. Tapi kami tak mengalah. Kami tetap bangun..

Kami sendiri masih bangga kerana masih lagi aktif sebagai affiliate di VMAlife..(bangga bukan riak yer 🙂 ) Bukanlah bangga sebab apa, sebab kami yakin belum ada lagi penipuan dalam perniagaan ni. Paling bangga kerana kami yakin yg produk VMAlife berjaya upgrade formula dari produk formula Vemma yg asli menjadi Velixir.

Kami bersyukur kerana kami tak keseorangan. Mostly yang stay dengan kami di sini juga adalah mereka yang yakin tiada penipuan.. yakin dengan produk yang hebat. Mana taknya.. mereka juga adalah pengguna tegar Vemma / Velixir seperti kami. Memang susah nak teruskan bisnes ni kalau kami sendiri tak guna produk ni.

Kami juga ada regular customer yang sentiasa repeat sale walaupun orang pertikaikan tentang harganya yang mahal.. tapi ramai yang tak tahu ‘Nilai’ sebenar produk Vemma tu sendiri.. Hanya yg dah minum (especially mereka yg ada penyakit kronik) sahaja yg faham ‘Nilai’ sebenar produk Vemma/Velixir ni.

Oklah, cukuplah setakat ni dulu sebagai muqaddimah kami tentang penukaran nama Vemma Malaysia ke VMAlife. Di blog ni masih ada lagi saki bagi info lama tentang Vemma Malaysia, rasanya tak perlu dibuang. Biarkan jer.. apa yang perlu dibuat ialah update jer dengan info yang baru.

Buat sahabat yang membaca blog ni.. Doakan kami kuat untuk terus stay di sini.. Kami stay bukan sebab duit semata2.. Kami  akan stay selagi produk Velixir memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.. selagi itulah kami ada di sini. In Shaa Allah.. Buat rakan2 seperjuangan.. Thanks sebab masih bersama kami. I Love U All..

 

 

Comments
  1. Su bt Husin
  2. ZAWIYAH HASHIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *