Wajah baru HQ VMAlife Malaysia di Jaya One

Assalamualaikum & Salam 1 Asia. Ramai yang tertanya-tanya tentang Wajah baru HQ VMAlife Malaysia di Jaya One, PJ. Setelah hampir 3 bulan proses renovation diadakan, kami akui kami dah lama tak ke sana. Hanya 100% berurusan secara atas talian (online) sahaja dengan pihak syarikat.

Jadi, sehari sebelum Majlis Rumah Terbuka Sempena Merasmikan ‘New Home Office’ VMAlife Malaysia, kami telah ke sana untuk melihat suasana sekitar ofis / HQ.

Setibanya di sana terkejutnya kami sebab tak sangka jauh sangat perubahan dari HQ lama. mana taknya.. konsep warna juga dah berubah dari oren menjadi hijau. Hijau daun pisang, dengan interior design yang sangat exclusive dan tambahan cahaya-cahaya lampu membuatkan suasana bertembah elegan.

Teruja kami lihat sekeliling ofis. Namun, jauh di sudut hati ni terasa rindu juga dengan ‘ofis lama’. Teringat kenangan bersama rakan-rakan Vemma terdahulu dan segala peristiwa pahit manis yang kami dah lalui sama-sama dan sebagainya.

Walaubagaimanapun.. hidup perlu diteruskan. Kami rasa sangat bersyukur dengan segala ‘hikmah’ yang kami terima – Ofis baru yang sangat eksklusif dan elegen.

Sebelum tu jom kita lihat beberapa perubahan yang berlaku.

Penambahan ruang di sudut ini

My favourite pot

 

Di atas ni adalah wajah pejabat Vemma yang lama. Dulu konsep oren. Selepas jenama Vemma dibuat penjenamaan semula, segala-galanya berubah. Antaranya..

  • Nama Vemma kini berubah menjadi VMAlife
  • Produk Vemma Premix kini diupgradekan formulanya (khasiat sama & bertambah baik) – diberi nama Velixir.
  • Tema warna oren, kini hijau daun pisang.
  • Dulu segala urusan dikawal oleh pihak HQ di US, namun kini sepenuhnya dikawal oleh pejabat di Singapura.
  • Pelan pemasaran sudah semestinya juga berubah dan kini lebih best kerana banyak keistimewaan yang diberi kepada para Affiliate. (akan di update nanti).
  • Yang paling Penting! HQ VMAlife Malaysia sekarang dah ada surau! hehehe.. Tak perlu lagi menapak hingga ke bangunan The School Jaya One untuk bersolat. Alhamdulillah.. terima kasih Mr. CEO Kenneth sebab tunaikan permintaan kami.

Kepada pihak pengurusan VMAlife Malaysia Tahniah diucapkan kerana atas tindakan pantas membuat penjenamaan semula Vemma ke VMAlife. Bukan semua syarikat mampu bertindak pantas sebagaimana yang dilakukan oleh CEO VMAlife iaitu Kenneth Koh. Terima Kasih sekali lagi.

Dah tentu ramai yang tertunggu utk lihat wajah baru HQ VMAlife Malaysia ni kan? Ok jom kita layan foto-foto di bawah.

HQ-vmalife-malaysia-reception-960x640-02Gambaran dari sudut pintu masuk mengadap meja receptionist / Affiliate Service

HQ-vmalife-malaysia-reception-960x640-01Meja receptionist dari sudut tepi

HQ-vmalife-malaysia-960x640-00 HQ-vmalife-malaysia-960x640-01 HQ-vmalife-malaysia-meeting-room-640x960

Ruang mesyuarat (meeting room) yang boleh memuatkan 10 orang.

HQ-vmalife-malaysia-product-display-960x640

Bahagian mempamerkan produk (product display)

 Kami sempat membuat video spontan jer untuk menunjukkan sekeliling ruang pejabat.

 

Macamana cantik tak? Ok jangan lupa datang esok yer.. Satu lagi video jemputan khas dari kami..

 

Sekian Terima Kasih.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *